Pengenalan
AppleCare+ ialah pelan perkhidmatan dan sokongan yang memanjangkan liputan produk Apple melebihi jaminan terhad mereka:
Liputan AppleCare+ meliputi pembaikan dan penggantian alat ganti dan kos buruh oleh juruteknik yang diberi kuasa oleh Apple. Ia juga termasuk insiden perlindungan untuk kerosakan tidak sengaja tanpa had, tertakluk pada bayaran perkhidmatan.
Setiap iPhone disertakan dengan satu tahun jaminan untuk pembaikan perkakasan melalui jaminan terhad dan hingga 90 hari sokongan teknikal percuma. AppleCare+ untuk iPhone melanjutkan perlindungan anda hingga dua tahun tanpa had untuk kerosakan tidak sengaja. Setiap insiden dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM139 untuk kerosakan skrin atau belakang kaca, atau RM469 untuk kerosakan tidak sengaja yang lain. Tambahan pula, anda akan mendapat akses keutamaan 24 jam setial hari kepada pakar Apple melalui chat atau telefon melalui Apple Support.
Kandungan
Kalau anda nak dapatkan waranti tambahan dari Apple, anda perlu beli AppleCare dalam tempoh 60 hari selepas pembelian (selepas turn on dan activate). Untuk iPhone dan iPad, Apple menawarkan satu tahun waranti tambahan, manakala untuk MacBook Air, MacBook Pro, iMac, dan Mac Mini, AppleCare akan menambah dua tahun waranti tambahan.
Contoh:
iPad & iPhone: Waranti standard 1 tahun + AppleCare tambahan 1 tahun = 2 tahun waranti daripada Apple.
MacBook Air, MacBook Pro, iMac, dan Mac Mini: Waranti standard 1 tahun + AppleCare 2 tahun waranti tambahan = 3 tahun waranti dari Apple.
Dulu, AppleCare boleh dibeli secara dalam talian dan diaktifkan pada hari terakhir sebelum waranti standard 1 tahun tamat. Namun kini, ia mesti dibeli dalam tempoh 60 hari selepas anda menghidupkan dan mengaktifkan produk Apple anda.
Kami perasan ada pihak tertentu yang menjual waranti lanjutan untuk produk Apple dan mendakwa produk mereka lebih murah dan lebih baik daripada yang rasmi. Ini adalah kenyataan yang tidak tepat kerana mereka mempunyai terma dan syarat yang sukar difahami serta tidak memberikan perlindungan yang menyeluruh.
AppleCare rasmi menyediakan waranti di seluruh dunia. Ini sangat berguna jika anda kerap melancong, belajar, atau bekerja di luar negara. Dengan AppleCare, anda boleh pergi ke mana-mana kedai rasmi Apple di seluruh dunia dan mendapatkan pembaikan di bawah perlindungan AppleCare.
Soalan
Jika anda ada sebarang masalah atau soalan mengenai peranti Apple anda seperti iPhone, iPad, MacBook Air, atau MacBook, jangan segan untuk hubungi kami! Kami sedia membantu dengan layanan mesra, respon pantas, dan pengalaman 16 tahun dalam servis Apple.
Hubungi kami sekarang! Untuk maklum balas terpantas, WhatsApp kami pada bila-bila masa, dan kami berjanji akan balas dengan cepat dalam waktu operasi. Untuk sebarang pertanyaan, layari ypmac.com.my
Kami menawarkan servis pembaikan Mac tanpa kerumitan. Tagline kami jelas: “Mudahkan pembaikan Mac bersama kami.” Kami komited untuk menyediakan penyelesaian yang memudahkan semua keperluan Mac anda.
Lokasi Kami
Pejabat kami terletak di 1Powerhouse, Bandar Utama, Petaling Jaya. Jika anda merancang untuk datang, klik di sini untuk panduan arah ke pejabat kami. Lokasi kami mudah diakses dengan pengangkutan awam (MRT). Turun di stesen Bandar Utama, keluar Exit A, ikut papan tanda dan menuju ke M World Hotel dan 1Powerhouse.
Sebagai alternatif, jika anda berada di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, boleh mengaturkan penghantaran melalui Lalamove atau Grab untuk menghantar kepada kami. Rakan-rakan di Semenanjung Malaysia atau Sabah/Sarawak boleh memilih untuk menghantar melalui kurier, pastikan mengelak penghantaran pada hujung minggu atau cuti panjang, Biasanya, penghantaran WM-WM akan sampai dalam 1-2 hari, Manakala penghantaran WM-EM akan mengambil masa sekira-kiranya 3-4 hari. Sila maklumkan kepada kami sekiranya ada nombor waybill.
Waktu operasi:
Isnin – Jumaat: 10am-6pm
Sabtu: 10am-2pm
Ahad dan Cuti Umum: Janji temu sahaja
Sila rujuk kepada Google untuk waktu operasi kami terkini.