
Pengenalan: Mac Warranti Servis
Mac Warranty Service ~ Perlu bantuan hantar peranti Apple untuk tuntutan? Kebelakangan ini, dua pelanggan meminta bantuan kami untuk menghantar peranti Apple mereka bagi tuntutan waranti. Pada mulanya, kami tertanya-tanya mengapa mereka memerlukan bantuan, kerana prosesnya nampak mudah. Namun, selepas mendengar pengalaman mereka, kami menyedarkan bahawa tuntutan waranti yang nampak ringkas boleh menjadi rumit. Sebab itulah kami rasa ada keperluan untuk memperkenalkan perkhidmatan ini.
Kenapa Perlu Kami untuk Urusan Mac Warranti Servis
Kes pertama agak “terus”, kami mengelarkan dia klient A. Dia cuba membuat temu janji dengan bahagian waranti, tetapi jadualnya yang sibuk sering bertindih dengan slot yang tersedia. Dia asyik menangguhkannya—hari ini, esok, dan lusa—sehingga dia tiba-tiba menyedarkan bahawa warantinya hampir luput dalam beberapa hari lagi. Dalam keadaan panik, dia menghubungi kami untuk menguruskan tuntutan bagi pihaknya. Nasib baik, kami berjaya menyelesaikannya tepat pada masanya.
Kes kedua dengan klient B lebih rumit. iPad Air 5nya tiba-tiba tidak boleh dihidupkan, jadi dia pergi ke premium reseller tempatan untuk membuat tuntutan waranti. Namun, mereka mendakwa bahawa iPad tersebut mempunyai sedikit bengkok, jadi tidak layak untuk pembaikan percuma. Sebaliknya, dia diminta membayar RM2400.00 untuk pembaikan! Dia menegaskan bahawa iPad itu tidak pernah jatuh atau mengalami sebarang kerosakan fizikal. Dia berasa kecewa dan terkejut dan datang kepada kami untuk mendapatkan bantuan. Kami mengambil alih dan menghantar iPadnya ke pusat servis rasmi, di mana kami berjaya mendapatkan unit pengganti baharu untuknya.
Kami memahami bahawa menguruskan tuntutan waranti boleh menjadi sesuatu yang melecehkan, sama ada kerana jadual yang sibuk atau kesukaran memahami teknikal isu. Sebab itulah kami sedia membantu anda menguruskan keseluruhan proses, memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan tanpa stres.
Lebih Suka Hantar Tuntutan Waranti Sendiri?
Kami sentiasa menggalakkan anda untuk mengunjungi Apple Stor rasmi di TRX KL bagi tuntutan waranti anda. Mereka lebih profesional dan tidak mempunyai konflik kepentingan, tidak seperti sesetengah penjual pihak ketiga yang mungkin menolak tuntutan—sama ada secara sengaja atau tidak—seperti kes klient B.

Gambar kredit: appletoolbox
Sebelum pergi ke sana, pastikan anda membuat temu janji dengan Genius Bar. Apple hanya mengendalikan pembaikan, tuntutan waranti, dan perkhidmatan lain melalui temu janji. Jika semua slot penuh, mereka tidak akan melayan anda, walaupun anda datang secara walk-in.
Kesimpulan: Mac Warranti Servis
Setiap peranti Apple dilengkapi dengan tarikh waranti sokongan, anda boleh semak terus pada peranti anda. Jika terlupa, jangan risau—semakannya mudah dan pantas! Masih ada soalan? Hubungi kami!
Hubungi Kami
Hubungi kami sekarang! Untuk respon yang paling cepat,WhatsApp kami, dan kami janji akan membalas dengan cepat dalam waktu operasi. Untuk sebarang pertanyaan, sila layari kami di ypmac.com.my.
Kami menawarkan servis pembaikan Mac tanpa kerumitan. Tagline kami sudah jelas: “Mudahkan pembaikan Mac bersama kami.” Kami komited untuk menyediakan penyelesaian yang memudahkan semua keperluan Mac anda.
Pejabat kami di 1Powerhouse di Bandar Utama, Petaling Jaya. Jika anda merancang untuk datang, cuma klik sini untuk panduan arah ke pejabat kami. Pejabat kami boleh diakses dengan menggunakan pengangkutan awam (MRT). Hanya turun di stesen Bandar Utama, keluar Exit A, ikut arahan papan tanda yang menuju ke M World Hotel dan 1Powerhouse.
Sebagai alternatif, jika anda berada di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, boleh mengaturkan penghantaran melalui Lalamove atau Grab untuk menghantar kepada kami. Rakan-rakan di Semenanjung Malaysia atau Sabah/Sarawak boleh memilih untuk menghantar melalui kurier, pastikan mengelak penghantaran pada hujung minggu atau cuti panjang, Biasanya, penghantaran WM-WM akan sampai dalam 1-2 hari, Manakala penghantaran WM-EM akan mengambil masa sekira-kiranya 3-4 hari. Sila maklumkan kepada kami sekiranya ada nombor waybill.
YP Mac Technology ~ Level HN (Level 30) 1Powerhouse, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.
⏱Waktu operasi:
Isnin – Jumaat: 10am-6pm
Sabtu: 10am-2pm
Ahad dan cuti umum: Janji temu sahaja
Wawancara dengan stesen radio tempatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami dan apa yang kami lakukan!