Back

Servis Pakar MacBook di JB – Jumpa Kami pada 26-28 April 2025!

Pakar MacBook di JB

Pengenalan: Pakar MacBook di JB

Servis MacBook JB ~ YP Mac Datang ke Johor! Dari 26–28 April 2025, kami akan berada di JB untuk cari tempat sesuai bagi cawangan baru. Antara kawasan pilihan kami: Mid Valley Southkey, Mount Austin dan Sutera Mall

MacBook Bermasalah di Johor? Kami Sedia Tolong!

Kalau anda berada di JB dan MacBook anda ada masalah, inilah masa terbaik untuk jumpa kami! Datang saja semasa lawatan kami untuk pemeriksaan segera di tempat. Kami akan cuba terangkan apa masalahnya, langkah yang patut diambil, anggaran kos pembaikan, dan jawab semua soalan anda.

Berikut adalah tiga pilihan mudah jika anda perlukan bantuan untuk Mac anda:

Pertama sekali, anda boleh hantar (pos) MacBook anda ke pejabat kami di Petaling Jaya sekarang. Kami akan menjalankan periksaan dan pembaikian, kemudian pulangkan kepada anda secara peribadi semasa lawatan kami ke JB. Kami sudah berpengalaman mengendalikan pembaikan MacBook melalui pos di seluruh Semenanjung Malaysia beberapa tahun. Boleh layari Instagram kami “Postage” Highlights untuk mengetahui lebih lanjut.

YP Mac Technology Instagram Akaun

Kedua, datang berjumpa kami di lokasi tinjauan atau tempat kami menginap. Kami akan melakukan pemeriksaan asas dan cuba memberikan jawapan atau nasihat dengan segera.

Ketiga, jika anda sudah menghantar Mac anda untuk dibaiki di tempat lain tetapi mendapati kosnya terlalu tinggi atau masalah masih belum selesai, anda boleh berbincang dengan kami untuk mendapatkan pendapat kedua atau nasihat pakar.

Walaupun kami sedang merancang pembukaan cawangan tetap di Johor Bahru, pasukan kami akan terus berkunjung dari pejabat utama di Petaling Jaya. Lawatan tapak dan persiapan untuk cawangan JB akan dilakukan secara berterusan.

Jika anda tidak dapat berjumpa dengan kami semasa lawatan kami pada 26 hingga 28 April 2025, jangan risau. Hubungi kami untuk mengetahui jadual lawatan kami yang seterusnya. Kami akan kembali lagi tidak lama, jadi anda tidak akan terlepas peluang.

Kesimpulan: Pakar MacBook di JB

Dengan lebih 17 tahun pengalaman dalam kepakaran komputer Apple, YP Mac menawarkan perkhidmatan yang boleh dipercayai, jujur, dan berpengalaman. Jadi, apabila Mac anda menghadapi masalah, anda tahu siapa yang boleh diharapkan! Kami tidak sabar untuk bertemu dengan anda semua di kawasan selatan. Kekal berhubung dan biar kami pastikan Mac anda berfungsi dengan lancar di mana-mana saja.

Hubungi Kami

Hubungi kami sekarang! Untuk respon yang paling cepat,WhatsApp kami, dan kami janji akan membalas dengan cepat dalam waktu operasi. Untuk sebarang pertanyaan, sila layari kami di ypmac.com.my.

Kami menawarkan servis pembaikan Mac tanpa kerumitan. Tagline kami sudah jelas: “Mudahkan pembaikan Mac bersama kami.” Kami komited untuk menyediakan penyelesaian yang memudahkan semua keperluan Mac anda.

Pejabat kami di 1Powerhouse di Bandar Utama, Petaling Jaya. Jika anda merancang untuk datang, cuma klik sini untuk panduan arah ke pejabat kami. Pejabat kami boleh diakses dengan menggunakan pengangkutan awam (MRT). Hanya turun di stesen Bandar Utama, keluar Exit A, ikut arahan papan tanda yang menuju ke M World Hotel (sebelumnya Avante Hotel) dan 1Powerhouse.

Sebagai alternatif, jika anda berada di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, boleh mengaturkan penghantaran melalui Lalamove atau Grab untuk menghantar kepada kami. Rakan-rakan di Semenanjung Malaysia atau Sabah/Sarawak boleh memilih untuk menghantar melalui kurier, pastikan mengelak penghantaran pada hujung minggu atau cuti panjang, Biasanya, penghantaran WM-WM akan sampai dalam 1-2 hari, Manakala penghantaran WM-EM akan mengambil masa sekira-kiranya 3-4 hari. Sila maklumkan kepada kami sekiranya ada nombor waybill.

YP Mac Technology ~ Level HN (Level 30) 1Powerhouse, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya Selangor, Malaysia.

⏱Waktu operasi:

Isnin – Jumaat: 10am-6pm

Sabtu: 10am-2pm

Ahad dan cuti umum: Janji temu sahaja

Wawancara dengan stesen radio tempatan (Radio CityPlus) untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami dan apa yang kami lakukan!

ypmac