MacBook Naik Taraf Hard Disk
Sejak kami menawarkan perkhidmatan untuk naik taraf hard disk MacBook dari generasi lama hingga M2, M3 dan terkini M4, kami menerima banyak soalan daripada pengguna MacBook. Jadi, kami memutuskan untuk menjawabkan soalan lazim mengenai MacBook naik taraf hard disk dan semoga dapat menjawab pertanyaan sekalian.
Model MacBook yang boleh naik taraf hard disk?
Anda boleh menyemak pos kami sebelum ini di sini.
Soalan Lazim:
1️⃣ Adakah perbezaan prestasi selepas naik taraf?
Jawapan ialah tidak. Apple menggunakan cipset yang sama, jadi anda boleh menjangkakan kelajuan dan prestasi yang sama selepas naik taraf. Kami akan memeriksa Mac anda dengan teliti terlebih dahulu untuk memastikan tiada isu sebelum menjalankan naik taraf.
2️⃣ Berapa lama proses ini ambil?
Kami menganggarkan sekira – kiranya dua hari, jikalau kami dapat menyelesaikan lebih awal, kami akan memaklumkan anda. dengan Jikalau terdapat sebarang kelewatan, kami juga akan maklumkan.
3️⃣ Adakah ia datang dengan warranti?
Ya, kami menawarkan jaminan enam bulan untuk cipset yang kami ganti dan naik taraf. (Sila rujuk kepada kami untuk maklumat yang terkini).
4️⃣ Adakah saya perlu “backup” semua aplikasi dan data saya?
Ya. Ini adalah penggantian cipset yang mudah tanpa sebarang tambahan. Kami boleh membantu anda membuat “backup” dan memulihkan dengan menggunaTime Machine, tetapi sila ambil perhatian bahawa beberapa aplikasi mungkin perlu diaktifkan semula selepas pemulihan.
5️⃣ Mengapa Apple membenarkan naik taraf walaupun mereka mengatakan ia tidak boleh dinaik taraf lepas pembelian?
Perkakasan Apple dihasilkan oleh syarikat pihak ketiga seperti Foxconn, Hitachi, Samsung, dan LG. Kami mendapatkan bahagian daripada pengeluar yang sama. Kami menggunakan kaedah pematerian, yang merupakan proses yang sama digunakan untuk melekatkan perkakasan pada papan logik.
6️⃣ Rasa risau ia akan mempengaruhi macOS naik taraf atau sistem format?
Tidak perlu risau! Hard disk berfungsi dengan baik. Apple juga menggunakan cipset yang sama untuk MacBook Air, MacBook Pro, iMac, dan Mac Mini.
🌟 Tambahan lagi, kami juga akan membersihkan habuk dan menggantikan pasta termal untuk meningkatkan sistem penyejukan Mac anda.
Ada Soalan Lain?
Hubungi kami sekarang! Untuk jawapan yang paling cepat, WhatsApp kami pada bila-bila masa, dan kami janji akan membalas dengan cepat dalam waktu operasi. Untuk sebarang pertanyaan, lawati kami di ypmac.com.my
Kami menawarkan pembaikan Mac tanpa kesulitan. Tagline kami menggambarkan segala-galanya: “Permudahkan pembaikan Mac bersama kami.” Komitmen kami tertumpu pada menyediakan penyelesaian yang mudah untuk semua keperluan berkaitan Mac anda.
Wawancara radio dengan stesen radio Cina untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami dan apa yang kami lakukan!
Lokasi Kami:
Pejabat kami di 1Powerhouse di Bandar Utama, Petaling Jaya. Jika anda merancang untuk datang, cuma klik di sini untuk panduan arah ke pejabat kami. Pejabat kami boleh diakses dengan mudah menggunakan pengangkutan awam (MRT). Hanya turun di stesen Bandar Utama, keluar Exit A, ikut arahan papan tanda yang menuju ke M World Hotel dan 1Powerhouse.
Sebagai alternatif, jika anda berada di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, boleh mengaturkan penghantaran melalui Lalamove atau Grab untuk menghantar kepada kami. Rakan-rakan di Semenanjung Malaysia atau Sabah/Sarawak boleh memilih untuk menghantar melalui kurier, pastikan mengelak penghantaran pada hujung minggu atau cuti panjang, Biasanya, penghantaran WM-WM akan sampai dalam 1-2 hari, Manakala penghantaran WM-EM akan mengambil masa sekira-kiranya 3-4 hari. Sila maklumkan kepada kami sekiranya ada nombor waybill.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 10am-6pm; Sabtu: 10am-2pm; Ahad dan cuti umum: Janji temu sahaja; Sila rujuk kepada Google untuk waktu operasi terkini.